Wednesday, February 27, 2008

aspura smkt

Hari ini aku akan balik semula ke UPM kerana cuti semester telah berakhir. Kebiasaannya perjalanan dari Temerloh ke KL mengambil masa selama 2 jam. Pada pagi itu bas Ekspres Budaya penuh dengan penumpang mungkin mereka juga pelajar sama seperti ku. Dalam bas aku duduk seorang kerana tiket aku 'single seat'. Tidak berapa lama selepas bas bertolak, pandangan ku tertumpu pada satu kawasan yang tidak asing bagiku pada waktu dahulu. Mataku tertumpu kepada papan tanda ' Sek. Men. Keb. Temerloh'. Fikiran ku mula terbayang- bayang akan Pak Abu, Arik, Syukur, Iskandar, Topek,Nuar,Cikgu Arif, Mama, dan ramai lagi.
Teringat kembali kenangan sewaktu aku tinggal di asrama putera(aspura) SMKT beberapa tahun yang lalu.
Kehidupan yang penuh dengan kenangan,yang mengajar aku erti persahabatan tidak akan aku lupakan. Teringat sewaktu kami bersama- sama didenda cuci tandas oleh warden kerana kami ditangkap ponteng kelas Fardhu Ain. Dikenang semula peristiwa itu amat menggelikan hatiku.
Pada suatu malam yang sunyi Arik mengatakan kepada Is yang dia lapar. "Is, aku lapar la.tadi aku tak tak sempat makan sebab tertido". " Kau lapar ek.Erm, aku tengok ikan kat kolam depan pejabat tu besar-besar dah".Apa kata kita wat projek?hehe. Kata Arik. Selepas itu arik pun mengumpulkan ahli- ahli tetap untuk menjayakan misi ini. Ahli- ahli tetap itu ialah Pak Abu, aku, Nuar,Nan dan Takok.
Selepas merancang dengan teliti, kami memulakan operasi tepat jam 11 malam. Pada malam itu keadaan sunyi sedikit kerana ramai pelajar balik ke kampung sempena cuti hujung minggu. Kami masuk ke kolam dengan berhati- hati kerana bimbang disedari oleh Pak Guard. Berbekalkan sebuah jaring sepak takraw, kami berjaya menangkap banyak ikan pada malam itu. Ikan itu kami telah bakar di belakang surau. Hari itu kami semua kekenyangan sehingga ikan tidak habis di makan. Teringat juga aku akan emosinya Pak Abu apabila bermain bola petang- petang. Pak abu juga sinonim dengan panggilan 'Wukong' iaitu watak yang terdapat dalam komik kegemaran Pak Abu iaitu 'Jaguh Sakti'. Kebiasaannya, sebelum tidur waktu yang kami habiskan untuk berbual- bual kadang-kadang sehingga 3,4 pagi barulah kami tidur. Satu lagi kenangan tinggal di asrama ialah waktu hari jadi. Sesiapa yang menyambut hari jadi akan 'diserang' habis- habisan.

No comments: