Wednesday, March 19, 2008

Pulau Tioman




Pulau ini terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Tioman adalah salah satu tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang. Pulau ini terletak 32 KM dari tanah daratan. Perjalanan dari jeti Tanjung Gemuk ke pulau ini mengambil masa lebih kurang 2jam.
Pulau Tioman pernah diiktirah antara 10 pulau tercantik di dunia. Banyak aktiviti menarik yang boleh dijalankan di sini antaranya aktiviti menyelam melihat terumbu karang. Terumbu karang di pulau ini adalah antara yang tercantik di dunia.
Terdapat banyak chalet disediakan di sini dari yang murah hinggalah yang mahal. Kebanyakan chalet ditutup pada hujung tahun kerana musim tengkujuh. Pulau ini memang sesuai dijadiakan kawasan untuk merehatkan minda dan untuk mencari ketenangan kerana keadaan pulau ini yang sangat tenang dan damai. Datanglah ke pulau ini dan lihatlah sendiri keindahan pulau ini. Paati tidak akan mengecewakan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Tuesday, March 18, 2008

Arsenal Bertemu Liverpool



Dua kelab dari liga perdana Inggeris akan bertemu sesama sendiri dalam saingan suku akhir liga juara- juara eropah. Dua kelab itu ialah Arsenal dan Liverpool
Arsenal layak ke suku akhir setelah sebelum ini menewaskan juara bertahan iaitu AC Milan manakala Liverpool pula telah menewaskan pasukan Inter Milan. Pertemuan kedua- dua pasukan ini nannti dijangka menarik kerana kedua- dua pasukan sudah memahami corak permainan masing- masing.
Kedua- dua kelab ini mengharapkan tonggak utama mereka dapat memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan ini. Arsenal mengharapkan sentuhan penjaring utama mereka iaitu Adebayor dan Liverpool mengharapkan kapten pasukan mereka iaitu Steven Gerrard untuk menggerakkan jentera tengah pasukan Liverpool.
Perlawanan pusingan pertama akan diadakan pada 1 April dan perlawanan pusingan ke dua akan diadakan pada 8 April di Liverpool iaitu di stadium Anfield.

Monday, March 10, 2008

Kolej 12 Juara Sofbol Lelaki


Pasukan Sofbol lelaki Kolej 12 mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas apabila sekali lagi menjuarai sukan sofbol dalam kejohanan sukan inter kolej, UPM.
Diwakilki oleh 17 orang pemain, pasukan ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika bermain. Setiap lawan ditumbangkan satu persatu dengan tenang dan bergaya.
Pada perlawanan akhir, pasukan kolej 12 mudah menewaskan lawan iaitu dari pasukan kolej ke 2 dengan kiraan 21- 6. Diharap pasukan ini dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan kerana sebahagian besar pemain masih lagi ada pada tahun hadapan.

Wednesday, March 5, 2008

LIVERPOOL FC


Liverpool ialah sebuah pasukan dari liga Perdana Inggeris. Pasukan ini ialah antara pasukan yang digeruni dalam liga ini. Mendapat sentuhan jurulatih yang berpengalaman iaitu Rafael Banitez.

Kapten pasukan ini ialah Steven Gerrard. Pemain utama pasukan ini terdiri daripada 20 orang pemain antaranya Stevan Gerrard, Jamie Carragher, Sami Hyypia, Vorronin, Ryan Babel, Pepe Riena, Herry Kewell, Riise, Binayoun, Xabi Alonso, Fernando Torres dan bebrapa lagi pemain. Stadium rasmi Liverpool ialah Stadium Anfield. Liverpool antara pemenang terbanyak liga juara- juara eropah iaitu di belakang pasukan Real Madrid dan Ac Milan.

Kemenangan terakhir Liverpool dalam kejuaraan eropah ialah pada musim 2004/ 2005 denagn menewaskan Ac Milan. Perlawanan ini dianggap paling dramatik dalam sejarah perlawanan akhir liga juara- juara kerana Liverpool bangkit daripada ketinggalan 3-0 dan akhirnya menang dengan penetuan sepakan penalti. Liverpool telah memenangi banyak kejuaraan domestik mahupun di peringkat eropah.

Program Singgah Sahur & Kacau Dodol



Pada 30 Oktober 2007 bersamaan 21 Ramadhan yang lalu, Kelab QKB Budaya UPM dengan kerjasama penduduk Taman Medan, Kuala Selangor, telah mengadakan program Singgah Sahur dan mengacau dodol.
Program ini ialah atas tajaan ADUN kawasan Sijangkang iaitu Datuk Fatah b. Iskandar yang juga salah seorang Exco kerajaan negeri Selangor.
Program ini bertujuan mendedahkan budaya masyarakat setempat khususnya kebudayaan jawa kepada para peserta. Ini kerana, sebilangan besar penduduk taman ini ialah berbangsa jawa. Program ini telah disertai seramai 110 orang pelajar.
Rombongan dari UPM tiba di Taman medan pada pukul 1.30 pagi dan dan kedatangan kami disambut sendiri oeh Datuk Fatah.
Sampai sahaja di sana, kami telah dibahagikan dengan beberapa tugas antaranya yang lelaki menolong mengacau dodol dan yang perempuan menolong menyediakan juadah untuk bersahur. Semua dodol siap dimasak pada pukul 4 pagi dan selepas itu kami sahur beramai- ramai.
Selepas solat subuh kami pun pulang ke UPM dan tiba di UPM pada pukul 8 pagi. Program ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman baru kepada peserta. Atas sambutan yang menggalakkan dari pelajar UPM, Kelab QKB Budaya akan mengadakan program yang sama pada tahun hadapan.InsyaAllah.

Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2008


Lee Chong Wei menetapi statusnya sebagai pilihan utama kejohanan badminton terbuka malaysia apabila menjuarai kejohanan ini buat kali ke 5 dalam tempoh 6 tahun. Kejohanan yang bermula dari 16 hingga 20 Januari yang lalu telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pada perlawanan akhir, Chong Wei telah bertemu dengan pemain handalah Korea iaitu Lee Hyun Ill. Pada perlawanan ini, Chong Wei telah menewaskan pemain Korea itu dalam perlawanan 3 set.
Selaku juara, Chong Wei menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 12,000.

Aku HambaMU

Hatiku bernyanyi lagu indah
tapi aku gundah gulana
syukur pada segala nikmatMu
tapi takut tidak pandai menerima
anugerahMu

Begitulah hati ini
seringkali resah dalam damai
meskipun aku nampak tenang
tetapi hatiku bergelora
terkenangkan kerdilnya aku

Terkadang aku lemah
airmata jadi temanku
tanpa siapa untuk kuberbicara
kerana
tiada siapa yang akan faham
apakah makna bicaraku ini

Hanya Engkau ya Tuhan
yang setia mendengarkan bicaraku
tentang rindu
tentang kenangan
tentang segala-galanya
hanya Engkau yang menemani aku

maafkan aku ya Tuhan
jika aku terlalu lemah
berikanlah aku kekuatan
untuk meniti hari-hari
dalam mencari redhaMU

DRAMA - DOSA PEJUANG

PELAKON

KARIMAN

RIZMAN

SATIAMAH

LATAR-

Tirai dibuka, bunyi guruh kedengaran sambil disertai bunyi rintik hujan. Kedengaran juga bunyi angin. Daun- daun diletak bertaburan di lantai.

(Kariman menutup tingkap dan selepas itu meletakkan sekeping papan ke atas akhbar- akhbar buruk tersusun antara dua tempayan. 2 biji botol tiba- tiba terjatuh dan diangkat oleh Kariman)

KARIMAN : Ops!.. ( terkejut kerana bunyi guruh yang kuat)

RIZMAN : Assalamualaikum. ( menanggalkan kasut, berdiri ditangga seketika dan mengelap badan yang basah terkena hujan)

KARIMAN : (monolog) Anak muda ini cukup bersedia. ( sambil menggeleng kepala )

RIZMAN : ( Mengeluarkan sebiji Aspro)

KARIMAN : Kau sakit?

RIZMAN : Tak la. Mana ada sakit.

KARIMAN : Kau anak yang cekal. Aku pun tak tau kenapa aku perlu menceritakan pada kau.(sambil menggulung rokok pucuk)

RIZMAN : Erm… tak payah lah kalau…

KARIMAN : Ya, tak payah… itulah yang kau ulang- ulang. Tapi, kau mendesak juga dengan caramu. (sambil meletakkan rokok di bibir yang sedikit terketar)

Lampu dipadamkan serta tirai ditutup.

LATAR-

Tirai dibuka serta lampu dipasang. Kedengaran bunyi bom dan tembakan. Satu keadaan kucar-kacir , beberapa orang berlari ke sana sini tanpa arah kerana ingin menyelamatkan diridari serangan jepun

(Kariman bergegas mengangkat neneknya ke tepi longkang dan sempat mendukung anak- anak Satiamah ke kawasan kubur, Satiamah turut memegang lengan Kariman)

KARIMAN : (monolog) Bilakah perang ini akan berakhir..sudah dua tahun Jepun menduduki Malaya.

KARIMAN : (monolog) Ke mana suami Satiamah dalam keadaan darurat ini? Seorang lelaki meninggalkan anak dan isteri… Lelaki apakah ini?

( Satiamah menyambut anaknya dari Kariman sambil memegang erat tangan Kariman)

SATIAMAH : Abang Kar fikir Lahmuddin lari tinggalkan kami anak- beranak?

KARIMAN :Aku.. Aku tak tau…Dia suami kau. Kau tentu lebih mengenalinya. (Sambil cuba melepaskan cangkukan jari wanita itu)

SATIAMAH : Sia, Sia tidak pernah tau Lahmuddin.

KARIMAN : Tak tau? Memang tak pernah tau? Sudah tiga orang anak bersamanya kau masih cakap tak tau? Sia, Sia…

SATIAMAH : Sia tak tau… (Sambil mula menangis untuk meminta belas)

Lampu dipadam dan tirai ditutup.



Nukilan : Muhamad Safuan Bin Mat Saleh
134376

Tuesday, March 4, 2008

Eksplorasi Budaya Darul Iman 2007




Pada 7 hingga 17 Mei 2007 yang lalu, Kelab Kurikulum berkredit QKB Budaya 010/011 UPM telah menganjurkan Program Budaya Eksplorasi Darul Iman. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi silibus kelab ini sendiri. Selain itu, program ini diadakan untuk memperkenalkan budaya masyarakat di negeri Trengganu kepada ahli kelab ini selain memperkenalkan UPM kepada masyarakat setempat. Program ini disertai oleh 52 orang ahli dan dipantau oleh 2 orang jurulatih kelab.
Program ini bermula dengan aktiviti bakti siswa selama 5 hari. Baktis siswa ini telah diadakan di Kampung Maras Chatur, Kuala Trengganu. Para perserta telah dibahgikan kepada keluarga angkat. sebuah keluarga mendapat 2 orang anak angkat dari UPM. Di sana, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya kenali masyarakat setempat, melawat dari rumah ke rumah, motivasi kepada pelajar sekolah, gotong royong dan banyak lagi.
Selepas selesai program bakti siswa, bermulalah aktiviti mengembara di Trengganu. Kami telah melawat ke sekitar Kuala Trengganu antaranya muzium negeri, Nozie Batik, Pantai Batu Buruk, Pulau Duyung dan banyak lagi. Sepanjang Lawatan ini, kami telah menginap di Universiti Darul Iman (UMT). Selepas menginap di UMT selama 3 hari, kami meneruskan lawatan kami menuju ke Pulau Kapas. Keadaan di sini sangat damai dengan pemandangan yang sungguh cantik. Air laut yang membiru menambahkan lagi keindahannya di samping pantai yang memutih.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan selama berada di Pulau Kapas antaranya Kembara Pulau Kapas, aktiviti berkumpulan, snokling dan sebagainya.
Pada keesokannya harinya kami meneruskan lawatan menuju ke Tasik Kenyir. Sebelum sampai di Tasik Kenyir, kami telah singgah disebuah rumah bekas ahli kelab ini yang telah tamat pengajian di UPM. Di sana kami telah dijamu dengan makanan tradisional trengganu iaitu nasi dagang. Selepas menjamu selera kami terus menuju ke Tasik Kenyir. Untuk sampai ke tempat penginapan, kami terpaksa menaiki bot lebih kurang 15 minit. Di sana, kami telah menginap di Rumah Persekutuan, Tasik Kenyir. Panorama di Tasik Kenyir sangat indah dengan terdapat banyak pulau- pulau kecil dan air tasik ini yang berwarna hijau. Begitu cantik sekali. Di sini aktiviti kurang padat kerana para peserta sudah kepenatan. Pada sebelah petang kami telah dibawa ke salah satu air terjun yang ada di Tasik Kenyir. Pada sebelah malamnya kami telah adakan jamuan berbeku.
Pada keesokan harinya kami telah pulang semula ke UPM. Sebelum itu, kami sempat singgah di kedai menjual keropok lekor yang terkenal di Trengganu iaitu di Losong. Kami sampai di UPM pada Lewat malam 17 Mei. Dengan itu, berakhirlah Eksplorasi Budaya Darul Iman selama 10 hari. Semua peserta berasa gembira kerana memperoleh pengalaman baru dan dapat mengembara ke negeri Trengganu.

Kenangan di Bukit Freser




Pada 2 dan 3 Februari yang lalu, saya telah mengikuti seminar Islam Hadhari yang telah dianjurkan oleh persatuan alumni FBMK UPM dengan kerjasama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) Teluk Intan. Seminar ini disertai seramai 70 orang peserta iaitu 30 dari UPM,20 dari DAMAI dan 20 lagi dari UiTM Shah Alam.
Di sana kami telah menginap di Shahzan Inn Hotel.Kami bertolak dari UPM pada pukul 9 pagi dan tiba di sana lebih kurang 3 jam selepas itu. Di sana aktiviti kami agak padat kerana waktu program ini cuma 2 hari. Beberapa ceramah tentang Islam Hadhari telah disampaikan pada program ini. Selain itu, aktiviti berkumpulan turut diadakan. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik FBMK iaitu Dr. Mua'ti.
Selama program di sana kami berasa sangat gembira kerana dapat menimba ilmu di samping memperoleh kawan baru. Selain itu, keadaan di Bukit Freser sungguh tenang dan damai. Kami tiba semula di UPM pada lewat petang 3 Mac.