Wednesday, March 5, 2008

Aku HambaMU

Hatiku bernyanyi lagu indah
tapi aku gundah gulana
syukur pada segala nikmatMu
tapi takut tidak pandai menerima
anugerahMu

Begitulah hati ini
seringkali resah dalam damai
meskipun aku nampak tenang
tetapi hatiku bergelora
terkenangkan kerdilnya aku

Terkadang aku lemah
airmata jadi temanku
tanpa siapa untuk kuberbicara
kerana
tiada siapa yang akan faham
apakah makna bicaraku ini

Hanya Engkau ya Tuhan
yang setia mendengarkan bicaraku
tentang rindu
tentang kenangan
tentang segala-galanya
hanya Engkau yang menemani aku

maafkan aku ya Tuhan
jika aku terlalu lemah
berikanlah aku kekuatan
untuk meniti hari-hari
dalam mencari redhaMU

1 comment:

aku...............! said...

Sajak ini menceritakan tentang lemahnya seseorang hamba ciptaan Allah. Manusia banyak melakukan kesilapan dan mestilah sedar akan kesilapan itu dengan bertaubat.Allah juga sangat pengampun. Selain itu, sajak ini juga menceritakan tentang cinta. Iaitu cinta kepada Allah ialah cinta yang kekal selamanya.