Tuesday, March 4, 2008

Eksplorasi Budaya Darul Iman 2007




Pada 7 hingga 17 Mei 2007 yang lalu, Kelab Kurikulum berkredit QKB Budaya 010/011 UPM telah menganjurkan Program Budaya Eksplorasi Darul Iman. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi silibus kelab ini sendiri. Selain itu, program ini diadakan untuk memperkenalkan budaya masyarakat di negeri Trengganu kepada ahli kelab ini selain memperkenalkan UPM kepada masyarakat setempat. Program ini disertai oleh 52 orang ahli dan dipantau oleh 2 orang jurulatih kelab.
Program ini bermula dengan aktiviti bakti siswa selama 5 hari. Baktis siswa ini telah diadakan di Kampung Maras Chatur, Kuala Trengganu. Para perserta telah dibahgikan kepada keluarga angkat. sebuah keluarga mendapat 2 orang anak angkat dari UPM. Di sana, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya kenali masyarakat setempat, melawat dari rumah ke rumah, motivasi kepada pelajar sekolah, gotong royong dan banyak lagi.
Selepas selesai program bakti siswa, bermulalah aktiviti mengembara di Trengganu. Kami telah melawat ke sekitar Kuala Trengganu antaranya muzium negeri, Nozie Batik, Pantai Batu Buruk, Pulau Duyung dan banyak lagi. Sepanjang Lawatan ini, kami telah menginap di Universiti Darul Iman (UMT). Selepas menginap di UMT selama 3 hari, kami meneruskan lawatan kami menuju ke Pulau Kapas. Keadaan di sini sangat damai dengan pemandangan yang sungguh cantik. Air laut yang membiru menambahkan lagi keindahannya di samping pantai yang memutih.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan selama berada di Pulau Kapas antaranya Kembara Pulau Kapas, aktiviti berkumpulan, snokling dan sebagainya.
Pada keesokannya harinya kami meneruskan lawatan menuju ke Tasik Kenyir. Sebelum sampai di Tasik Kenyir, kami telah singgah disebuah rumah bekas ahli kelab ini yang telah tamat pengajian di UPM. Di sana kami telah dijamu dengan makanan tradisional trengganu iaitu nasi dagang. Selepas menjamu selera kami terus menuju ke Tasik Kenyir. Untuk sampai ke tempat penginapan, kami terpaksa menaiki bot lebih kurang 15 minit. Di sana, kami telah menginap di Rumah Persekutuan, Tasik Kenyir. Panorama di Tasik Kenyir sangat indah dengan terdapat banyak pulau- pulau kecil dan air tasik ini yang berwarna hijau. Begitu cantik sekali. Di sini aktiviti kurang padat kerana para peserta sudah kepenatan. Pada sebelah petang kami telah dibawa ke salah satu air terjun yang ada di Tasik Kenyir. Pada sebelah malamnya kami telah adakan jamuan berbeku.
Pada keesokan harinya kami telah pulang semula ke UPM. Sebelum itu, kami sempat singgah di kedai menjual keropok lekor yang terkenal di Trengganu iaitu di Losong. Kami sampai di UPM pada Lewat malam 17 Mei. Dengan itu, berakhirlah Eksplorasi Budaya Darul Iman selama 10 hari. Semua peserta berasa gembira kerana memperoleh pengalaman baru dan dapat mengembara ke negeri Trengganu.

No comments: