Wednesday, March 5, 2008

Program Singgah Sahur & Kacau Dodol



Pada 30 Oktober 2007 bersamaan 21 Ramadhan yang lalu, Kelab QKB Budaya UPM dengan kerjasama penduduk Taman Medan, Kuala Selangor, telah mengadakan program Singgah Sahur dan mengacau dodol.
Program ini ialah atas tajaan ADUN kawasan Sijangkang iaitu Datuk Fatah b. Iskandar yang juga salah seorang Exco kerajaan negeri Selangor.
Program ini bertujuan mendedahkan budaya masyarakat setempat khususnya kebudayaan jawa kepada para peserta. Ini kerana, sebilangan besar penduduk taman ini ialah berbangsa jawa. Program ini telah disertai seramai 110 orang pelajar.
Rombongan dari UPM tiba di Taman medan pada pukul 1.30 pagi dan dan kedatangan kami disambut sendiri oeh Datuk Fatah.
Sampai sahaja di sana, kami telah dibahagikan dengan beberapa tugas antaranya yang lelaki menolong mengacau dodol dan yang perempuan menolong menyediakan juadah untuk bersahur. Semua dodol siap dimasak pada pukul 4 pagi dan selepas itu kami sahur beramai- ramai.
Selepas solat subuh kami pun pulang ke UPM dan tiba di UPM pada pukul 8 pagi. Program ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman baru kepada peserta. Atas sambutan yang menggalakkan dari pelajar UPM, Kelab QKB Budaya akan mengadakan program yang sama pada tahun hadapan.InsyaAllah.

2 comments:

sayup2 said...

cam kenel je mke2 tue......

sha said...

hei...mne aku???