Wednesday, March 5, 2008

DRAMA - DOSA PEJUANG

PELAKON

KARIMAN

RIZMAN

SATIAMAH

LATAR-

Tirai dibuka, bunyi guruh kedengaran sambil disertai bunyi rintik hujan. Kedengaran juga bunyi angin. Daun- daun diletak bertaburan di lantai.

(Kariman menutup tingkap dan selepas itu meletakkan sekeping papan ke atas akhbar- akhbar buruk tersusun antara dua tempayan. 2 biji botol tiba- tiba terjatuh dan diangkat oleh Kariman)

KARIMAN : Ops!.. ( terkejut kerana bunyi guruh yang kuat)

RIZMAN : Assalamualaikum. ( menanggalkan kasut, berdiri ditangga seketika dan mengelap badan yang basah terkena hujan)

KARIMAN : (monolog) Anak muda ini cukup bersedia. ( sambil menggeleng kepala )

RIZMAN : ( Mengeluarkan sebiji Aspro)

KARIMAN : Kau sakit?

RIZMAN : Tak la. Mana ada sakit.

KARIMAN : Kau anak yang cekal. Aku pun tak tau kenapa aku perlu menceritakan pada kau.(sambil menggulung rokok pucuk)

RIZMAN : Erm… tak payah lah kalau…

KARIMAN : Ya, tak payah… itulah yang kau ulang- ulang. Tapi, kau mendesak juga dengan caramu. (sambil meletakkan rokok di bibir yang sedikit terketar)

Lampu dipadamkan serta tirai ditutup.

LATAR-

Tirai dibuka serta lampu dipasang. Kedengaran bunyi bom dan tembakan. Satu keadaan kucar-kacir , beberapa orang berlari ke sana sini tanpa arah kerana ingin menyelamatkan diridari serangan jepun

(Kariman bergegas mengangkat neneknya ke tepi longkang dan sempat mendukung anak- anak Satiamah ke kawasan kubur, Satiamah turut memegang lengan Kariman)

KARIMAN : (monolog) Bilakah perang ini akan berakhir..sudah dua tahun Jepun menduduki Malaya.

KARIMAN : (monolog) Ke mana suami Satiamah dalam keadaan darurat ini? Seorang lelaki meninggalkan anak dan isteri… Lelaki apakah ini?

( Satiamah menyambut anaknya dari Kariman sambil memegang erat tangan Kariman)

SATIAMAH : Abang Kar fikir Lahmuddin lari tinggalkan kami anak- beranak?

KARIMAN :Aku.. Aku tak tau…Dia suami kau. Kau tentu lebih mengenalinya. (Sambil cuba melepaskan cangkukan jari wanita itu)

SATIAMAH : Sia, Sia tidak pernah tau Lahmuddin.

KARIMAN : Tak tau? Memang tak pernah tau? Sudah tiga orang anak bersamanya kau masih cakap tak tau? Sia, Sia…

SATIAMAH : Sia tak tau… (Sambil mula menangis untuk meminta belas)

Lampu dipadam dan tirai ditutup.



Nukilan : Muhamad Safuan Bin Mat Saleh
134376

1 comment:

aku...............! said...

Drama ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan subjek Penulisan Puisi dan Drama (BBM 3406)