Wednesday, February 27, 2008

liverpool benam inter milan


Pada 20hb 2 yang lalu, liverpool telah berjaya menewaskan Inter Milan dengan jaringan 2-0 dalam saingan pusingan ke 2 liga juara- juara eropah. Liverpool turun dengan penuh tekanan selepas mereka tewas dalam saingan piala FA kepada pasukan tidak ternama 4 hari sebelum sepak mula dengan Inter.
Bermain dihadapan ribuan penyokong sendiri memberi suntikan semangat kepada anak buah Rafael Banitez untuk melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan Inter. Steven Gerrard terlebih dahulu mencemaskan pasukan pelawat apabila kapten pasukan Liverpool itu merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke 5 permainan. Tetapi bola rembatannya sedikit melewati palang tatkala penjaga gol Inter sudah pun tertewas. Stadium Anfield kembali bergema apabila Fernando Torres menanduk cantik bola hasil hantaran Finnan tetapi penjaga gol Inter bertindak cemerlang menepis bola tersebut.
Pada minit ke 25 permainan, Crespo hampir memberi gol pendahuluan kepada pasukan pelawat tetapi bola rembatannya tersasar ke kanan pintu gol Liverpool sewaktu hanya berhadapan dengan penjaga gol Liverpool sahaja. Pada minit ke 33, stadium kembali bergema ekoran kad merah yang dikenakan kepada pemain pertahanan Inter iaitu Metarrazi. Metarrazi dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Fernando Torres. Bermain dengan sepuluh orang memaksa Inter terpaksa bermain bertahan dan mereka berjaya mengekang asakan Liverpool sehingga waktu rehat.
Liverpool kembali mengatur serangan selepas waktu rehat dengan gandingan Torres dan Kuyt. Pada minit ke 50, Torres telah bermain satu, dua dengan Kuyt tetapi bola rembatan kencang Kuyt hanya menggegar palang. Pada minit ke 64, Banitez telah mengeluarkan Leiva dan memasukkan penyerang tinggi lampai iaitu Crouch. Dengan ini, jelas Banitez telah melakukan pertukaran tektikal dengan menguatkan lagi serangan. Pada minit ke 85, Kuyt telah menanduk maasuk bola hasil lintangan Gerrard untuk memberi gol pendahuluan kepada Liverpool. Tatkala permainan dijangka berkesudahan dengan 1-0, Stevan Gerrard meledakkan rembatan kencang dari jarak 35 meter sekali gus memberi bekalan agak selesa untuk di bawa ke Milan pada pusingan ke 2 nanti.

No comments: